KESALAHAN UTAMA DALAM MEMILIH WARNA CAT RUMAH

Memberi sedikit warna pada dinding adalah perkara yang paling utama dalam menghias rumah. Warna dinding boleh mengubah ‘mood’ setiap ruang. Namun ia bukanlah perkara yang mudah. Terdapat LIMA kesalahan utama yang sering terjadi ketika memilih warna cat. Jadi apakah kesalahan tersebut?

1. Mengabaikan pencahayaan

Cahaya natural sangatlah penting sebelum memilih warna dinding. Warna monokrom sememangnya menjadi trend dekorasi masa kini. Namun sekiranya ruang tersebut kurang mendapat cahaya natural,sebaiknya elakkan mengguna warna-warna ini pada dinding. Hal ini akan membuatkan ruang menjadi muram dan kusam. Warna-warna berani seperti maroon dan biru navy juga tidak sesuai untuk ruangan sempit.

22-dark-living-room-with-black-walls-colorful-accessories-and-various-textiles

2. Mengabaikan bayang-bayang

Selain pencahayaan, bayang-bayang juga penting untuk menghidupkan suasana rumah. Sekiranya terdapat banyak perabot yang menghasilkan bayang-bayang,elakkan dari mengecat dinding dgn warna gelap atau warna tanah. Sebaliknya pilihlah warna lembut dan cerah seperti warna-warna pastel.

3. Fanatik dengan warna kegemaran

Ramai orang terlalu fanatik dengan warna kegemaran dan memilih warna tersebut untuk dinding rumah tanpa mengambil kira perkara lain seperti pencahayaan,trend terkini dan kesesuaian dengan perabot.

Brilliant-Bright-Color-Living-Room-Ideas-50-To-Your-Home-Decor-Arrangement-Ideas-with-Bright-Color-Living-Room-Ideas

4. Memilih warna yang terlalu terang

Apabila memilih warna melalui katalog,semestinya warna yang terang lebih menarik perhatian kita. Malangnya warna-warna terang ini boleh mewujudkan suasana yang tidak tenang terutamanya untuk ruang yang sempit. Ia juga membuatkan mata kita cepat penat.

monochromatic pinks

5. Guna warna sama untuk dinding,perabot & langsir

Jangan sesekali gunakan warna yang sama pada dinding,perabot dan langsir. Ia akan membuatkan suasana menjadi bosan. Sebaiknya pilih warna yang lebih cerah atau lebih gelap dari perabot.

 

 

Leave a comment