KENAPA ANDA SUKAR UNTUK BERIMPIAN?

dream2

Apakah impian anda? Saya percaya ramai anda diluar sana mempunyai cita-cita atau pun impian. Ada yang berimpian nak ada rumah besar, kereta besar & lain-lain yang bersifat kemewahan yang bagi saya tidak ada salahnya pun. Ada juga yang bercita-cita untuk mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi dalam sesuatu syarikat mahupun politik. Ada juga yang berimpian untuk memiliki pusat anak yatim dan badan kebajikan dan banyak lagi. Dan untuk yang beragama Islam sudah tentu impian untuk ke syurga Allah itu sudah menjadi impian setiap dari kita yang beragama Islam.

Semua impian yang anda semua impikan asalkan ianya tidak memudaratkan adalah impian yang baik. Impian bagi saya adalah perlu untuk setiap dari kita miliki, kerana impian adalah salah satu semangat atau pun ilham bagi kita. Sesuatu yang memberi inspirasi untuk diri kita tatkala kita bangun dari tidur. Impian kitalah yang memberi semangat untuk terus berbakti dan memberi tambah nilai dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Seperti mana seorang budak kecil, secara umumnya mereka semua hanyut dalam dunia khayalan impian mereka. Ada yang dalam dunia impian menjadi seorang anggota Bomba. Ada yang nak jadi Polis, Artis, pemain Bola Sepak dan lain-lain lagi. Namun, bila kita meningkat dewasa percaya atau tidak ramai diantara kita yang sudah tidak mahu lagi berimpian. Ada yang takut untuk bercerita tentang impian masing-masing. Ada yang rasa mereka tidak layak lagi untuk berimpian. Dan paling sedih ada juga yang tak tahu apa impian mereka sendri.

 Jadi disini, suka untuk saya kongsikan 3 antara sebab utama kenapa kita sudah hilang selera untuk berimpian.

 

 1. Suara-suara Negatif Orang Sekeliling

 Orang-orang yang tidak mempunyai impian tidak suka melihat orang lain mengejar impian mereka. Jadi apa yang mereka akan cakap adalah seperti ini

Apa barang sibuk-sibuk nak kejar cita-cita kau tu. Baik lepak minum kat mamak ni lagi bagus.”

 

“Sia-sia je kau buat bisnes tu, tak boleh pergi jauh punya.”

 

“Baik kerja makan gaji dengan gomen bro. Gaji tetap, pencen pun dapat.”

Kebiasaan manusia seperti ini tidak boleh melihat kita melakukan perkara yang lain dari yang mereka lakukan. Jadi mereka lebih cenderung untuk mengajak kita untuk menjadi seperti mereka. Jadi jika anda seorang yang ingin mengejar impian anda. Jauhi orang-orang sebegini. Kelilingi kelompok anda dengan orang yang betul-betul memberi semangat positif dan yang mempunyai impian seperti anda juga.

 Malah kebanyakan orang-orang sebegini datang dari keluarga terdekat dan juga rakan. Jika begitu cuba jadikan suara negative itu sebagai pemangkin semangat untuk kita yang kata mereka adalah salah.

 

 2. Dihantui Kegagalan Sebelum Ini

 Kadang-kadang bukan kita tidak pernah berimpian dan mengejar impian tersebut.Tapi ada antara kita yang dihantui kegagalan silam. Ya betul. Memang kegagalan tersebut memberi pengajaran dan kadang-kadang melemahkan semangat kita dan kita serik atas kegagalan tersebut.

 Tapi orang yang berjaya mencapai impian mereka adalah orang yang gagal dan jatuh berpuluh dan beratus kali sekali pun. Mereka bangkit dan terus bangkit. Ada pepatah pernah sebut ‘You may have fight a battle more than once to win it’. Jadi jangan pernah takut untuk gagal. Kerana kegagalan itu juga rezeki, kerana itulah peluang untuk kita belajar dari kesilapan dan terus bangkit mengejar impian kita.

 

3. Kurang Berimaginasi Untuk Berimpian

 Satu persoalan untuk anda semua..Bagaimana anda berimpian? Dengan imaginasi anda kan? Mungkin kita pernah terbayang untuk memiliki sesuatu. Atau mungkin untuk berada disuatu tempat. Pernahkah anda dapat atau berada disana? Tidak kan. Jadi itu semua datang dari imaginasi anda, seperti seorang budak kecil. Kita dulu sering berimaginasi.

Jadi jangan takut untuk berimaginasi.

 Kalau dulu Mark Zuckerberg tidak pernah berimaginasi untuk menghubungkan satu dunia di satu platform tidak akan wujud facebook pada hari ini. Jika dulu Tony Fernandes tidak berimaginasi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan tidak akan wujud Air Asia kini.

 Jadi teruskan berimaginasi, percaya anda dijadikan dimuka bumi ini bukan untuk jadi biasa-biasa. Jadilah luar biasa dan berimpianlah.

 

disediakan oleh – Zulhilmi Salim

Leave a comment